nurrokhim's blog

Ambillah hikmah walau dari mana asalnya

pertanyaan malaikat

Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia

maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang iaitu :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur

maka Abu Dzafrrin Al- Ghifary r.a berkata kepada kubur, “Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ?
Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra,

anak Rasulullah S.A.W. ”

Maka kubur berkata, “Aku bukannya tempat bagi mereka yang berderajat atau orang yang bernasab,

adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku,

tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku memperlalukan dia dengan seburuk-buruknya).

” Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya.
2. Hendaklah dia bersedekah.
3. Hendaklah dia membaca al-Qur ’an.
4. Hendaklah dia memperbanyak membaca tasbih
kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing,
kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berawal dari kencing. ”
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur,
walaupun ia seorang alim ulama’
atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah.

Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau lain sebagainya,

kubur akan meperlakukan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap pertanyaan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.

Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada pertanyaan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, “Ah mudah saja, aku bisa menghafal untuk menjawabnya. ”

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikir.
Seseorang tidak akan dapat menjawab setiap pertanyaan di alam kubur jika dia tidak mengamalkannya

sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.

Sekiranya dia rajin membaca al-Qur’an, maka al-Qur ’an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Wallahu`alam

POSTED BY ROHA AT…

27 Desember 2010 - Posted by | al-kisah | , ,

3 Komentar »

  1. ALHAMDULILLAH.. ilmu bermanfaat.
    trima kasih banyak..

    Komentar oleh anang nurcahyo | 29 Desember 2010 | Balas

  2. ilmu yg sangat manfaat. trima kasih bnyak..

    Komentar oleh anang nurcahyo | 1 Januari 2011 | Balas

    • tanks gan, atas kunjunganya… lam kenal,, q akan segera mengunjungi blog anda..

      Komentar oleh nurrokhim | 2 Januari 2011 | Balas


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: